Selamat sejahtera dan selamat datang. Kami kumpulan En&Q dari kemahiran komunikasi kumpulan 8.

Sabtu, 22 November 2014

Komunikasi formal dalam temuduga

  Komunikasi formal merupakan komunikasi yang berdasarkan hierarki jawatan ataupun peranan masing-masing. Komunikasi formal menggunakan bahasa yang lebih formal dan tersusun tetapi padat dan mempunyai huraian yang sesuai. Antara contoh komunikasi formal dalam kehidupan seharian adalah mesyuarat dalam sesuatu organisasi, sesi temu duga apabila ingin memohon pekerjaan dan sebagainya. Komunikasi formal boleh berlaku sama ada antara ketua-dengan-staf, staf-dengan-staf, ataupun ketua-dengan-ketua.




  Bagi video kumpulan kami, kami telah menyediakan satu video berkaitan dengan tajuk yang diberi selepas membuat rujukan dari segi bahan ilmiah lain dan yang paling membantu adalah dari melihat video-video senior yang lepas dan carian di laman sesawang. Di sini kami telah sebulat suara membuat video ‘Sesi Temu duga untuk Memohon Jawatan Majlis Perwakilan Pelajar’.

  Di dalam video ini kami telah menyelitkan bagaimana situasi temu duga ini biasanya berlangsung dan etika-etika yang harus diterapkan atau diaplikasikan oleh pelajar tersebut.Antara etika tersebut adalah memakai kad matrik, berpakaian kemas dan formal, menggunakan bahasa tubuh tertentu dan sebagainya.  Selain itu, seperti yang menjadi fokus video ini adalah komunikasi formal. Kami memilih sesi temu duga kerana ianya lebih mudah untuk memperlihatkan komunikasi formal yang digunakan dengan lebih jelas dan dekat dengan diri seorang pelajar.

  Video kumpulan kami iaitu kumpulan EN & Q  yang berdurasi 3 min lebih ini dilakonkan oleh ahli kumpulan di mana terdapat 3 Exco Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) menemu duga seorang calon baru untuk pemilihan MPP sesi yang akan datang. Komunikasi formal yang dilakonkan semula ini juga merupakan cadangan daripada ahli kami yang pernah melalui sesi temu duga MPP yang sebenar. Oleh itu, InsyaAllah video ini memenuhi kriteria-kriteria komunikasi formal dan dapat menolong penonton supaya memahami komunikasi formal.


Rujukan

Yahya Bin Buntat & Muhamad Shahabudin Bin Hassan, (n.d.) Kemahiran Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan 
Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia.
 http://eprints.utm.my/10998/1/Kemahiran_Komunikasi_Dalam_Meningkatkan_Keyakinan_Diri_Pelajar.pdf

(n.d.) Kursus Kemahiran Komunikasi
http://eduline.tripod.com/temuduga.html

Ahmad Albab (2012) Resume-Teknik menulisnya.
http://jamilazawiyah.blogspot.com/2012/

HafizAmri.com (n.d.) Tips Menghadiri Temuduga. 
http://hafizamri.com/tips-menghadiri-temuduga/