Komunikasi formal merupakan komunikasi yang
berdasarkan hierarki jawatan ataupun peranan masing-masing. Komunikasi formal
menggunakan bahasa yang lebih formal dan tersusun tetapi padat dan mempunyai
huraian yang sesuai. Antara contoh komunikasi formal dalam kehidupan seharian
adalah mesyuarat dalam sesuatu organisasi, sesi temu duga apabila ingin memohon
pekerjaan dan sebagainya. Komunikasi formal boleh berlaku sama ada antara
ketua-dengan-staf, staf-dengan-staf, ataupun ketua-dengan-ketua.
Bagi video kumpulan kami, kami telah
menyediakan satu video berkaitan dengan tajuk yang diberi selepas membuat
rujukan dari segi bahan ilmiah lain dan yang paling membantu adalah dari
melihat video-video senior yang lepas dan carian di laman sesawang. Di sini
kami telah sebulat suara membuat video ‘Sesi Temu duga untuk Memohon Jawatan
Majlis Perwakilan Pelajar’.
Di dalam video ini kami telah menyelitkan
bagaimana situasi temu duga ini biasanya berlangsung dan etika-etika yang harus
diterapkan atau diaplikasikan oleh pelajar tersebut.Antara etika tersebut
adalah memakai kad matrik, berpakaian kemas dan formal, menggunakan bahasa
tubuh tertentu dan sebagainya. Selain
itu, seperti yang menjadi fokus video ini adalah komunikasi formal. Kami memilih
sesi temu duga kerana ianya lebih mudah untuk memperlihatkan komunikasi formal yang
digunakan dengan lebih jelas dan dekat dengan diri seorang pelajar.
Video kumpulan kami iaitu kumpulan EN &
Q yang berdurasi 3 min lebih ini
dilakonkan oleh ahli kumpulan di mana terdapat 3 Exco Majlis Perwakilan
Pelajar(MPP) menemu duga seorang calon baru untuk pemilihan MPP sesi yang akan
datang. Komunikasi formal yang dilakonkan semula ini juga merupakan cadangan
daripada ahli kami yang pernah melalui sesi temu duga MPP yang sebenar. Oleh
itu, InsyaAllah video ini memenuhi kriteria-kriteria komunikasi formal dan
dapat menolong penonton supaya memahami komunikasi formal.
Rujukan
Yahya Bin Buntat & Muhamad Shahabudin Bin Hassan, (n.d.) Kemahiran Komunikasi Dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar. Satu Tinjauan Di Kalangan
Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia.
http://eprints.utm.my/10998/1/Kemahiran_Komunikasi_Dalam_Meningkatkan_Keyakinan_Diri_Pelajar.pdf
(n.d.) Kursus Kemahiran Komunikasi.
http://eduline.tripod.com/temuduga.html
Ahmad Albab (2012) Resume-Teknik menulisnya.
http://jamilazawiyah.blogspot.com/2012/
HafizAmri.com (n.d.) Tips Menghadiri Temuduga.
http://hafizamri.com/tips-menghadiri-temuduga/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan